Wednesday, January 11, 2017

++ entri 18: Keistimewaan Usia 40 Tahun

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... Segala puji hanya milik ALLAH SWT, tempat kita meminta pertolongan dan memohon pengampunan, dan tempat kita berlindung dari keburukan dan kejahatan amal perbuatan kita sendiri.
Waktu berlalu begitu pantas dalam kita alpa mahupun sedar. Waktu tidak pernah sesaat pun menunggu kita. Dalam setiap hembusan nafas, waktu terus beredar.

++ entri 17: All About Us

Setiap hari pasti ada kisah yang tercipta antara kita... Setiap detik ada kenangan yang terlakar mengenai kita...

Sunday, January 3, 2016

++ Entri 16: My New Life 2016

Dengan namaMu Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... Lama sudah jemari ini tidak menari melunakkan bahasa jiwa yang sering bermonolog kesepian. 2016 datang memaksa aku meninggalkan 2015... semoga kehadiran ini memberi satu kisah baharu buat aku dan kehidupanku. AZAM???? Rasanya aku tidak pernah mempunyai sebarang azam sepanjang hidupku ini. Mungkin kerana aku tidak pernah yakin yang aku mampu tunaikan jika aku berazam pun. Kerana aku seorang yang suka meredah situasi biar apa pun rupa dan keadaanya, jadi apa perlunya azam itu dalam kehidupan aku? Alhamdulillah, Maha Suci ALLAH... tahun yang telah berlalu telah pun merealisasikan beberapa impian zaman kecilku. Berjaya menggapai diploma dan ijazahku dalam larian tanpa henti selama 6 tahun. DUGAAN? Apalah ertinya hidup jika tiada si Dugaan yang diciptakan Tuhan untuk menguji kesabaran dan ketabahan hamba-hambanya yang lemah ini. Bukankah ketawa dan tangisan itulah irama dan lagu di dalam sesuatu yang dinamakan KEHIDUPAN? Yang menjadi kekuatanku adalah keyakinanku pada Penciptaku kerana aku selalu yakin hanya DIA yang sentiasa ada di sisiku pada setiap detik dan saat. 2016.. kehadirannya jauh berbeza daripada yang sebelumnya. Kehadirannya menakutkanku, amat membimbangkanku, mendebarkan setiap degup jantungku. Tahun ini adalah tahun yang mencabar buat aku mencari diri AKU sendiri. Sudah sampai waktunya untuk aku kembali kepada diri aku yang sebenarnya AKU. Aku diciptakan untuk menjadi AKU dan aku harus meneruskan perjalanan kehidupan ini sebagai AKU dalam mencari siapakah AKU yang sebenarnya. Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pengampun... Bantulah aku dalam mencari siapakah AKU yang telah engkau ciptakan selama 4 dekad ini. Bantulah aku dalam mencari diri AKU sendiri. Bantulah AKU Ya Allah.
Semoga AKU sentiasa di bawah lindunganMU Ya Rabbul 'Izzati.

Monday, April 1, 2013

++ entri 15: Sekali Lagi

Sekali lagi, ia terjadi. Berulang kali mencuba, berulang kali jua aku tewas. Bagaimanakah lagi caranya untuk aku mengakhiri semua ini. Penat. Sangat penat. Tak pasti apakah kesudahannya semua ini. Perlukah aku letakkan ego aku di tahap tertinggi? Agar bisa aku menahan agar semua ini tidak berulang lagi. Tidak terlalu kejamkah aku jika membiarkannya? Tergamakkah aku membiarkan dia terus disakiti. Relakah aku membiarkan diri ini terus disakiti berulang kali? Semuanya persoalan yang tidak pernah dapat aku cari jawapan yang pasti. Apakah makna semua ini? Yang pasti aku tiada jawapannya. Hanya Dia Yang Maha Mengerti tentang perjalanan kehidupan aku di dunia ini.

Wednesday, March 20, 2013

++entri 14: Tabahnya Hatimu

Sesungguhnya Tuhan itu menguji hambaNya atas kemampuan insan tersebut. Kini aku mengerti, kenapa setiap insan melalui dugaan dan ujian yang berbeza. Maha Agung kuasaMu Tuhan.
Bertanya khabar seorang teman baik yang telah lama tidak bersua rupa apatah lagi bertegur sapa. Mendengar khabar sedih tentang suaminya yang sedang terlantar sakit sejak 6 bulan yang lalu. Dan sejak itu juga dia terpaksa meninggalkan anak-anak pada keluarga demi menjaga suami di rumah mertua. Tabahnya hatimu wahai sahabat dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran dalam hidup ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui tentang kemampuan seseorang hambaNya. Dia menduga hambaNya atas kudrat dan kemampuan hamba-hambaNya. Kita seringkali merasa kita tidak mampu, kerana kita selalu lupa tentang kuasa Tuhan Yang Maha Kuasa. Tiada yang mampu aku lakukan untukmu sahabat, selain kiriman doa yang tidak akan pernah putus. Tuhan, kurniakanlah dia kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi dugaan yang Engkau berikan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Tuesday, March 12, 2013

++entri 13: Rindu bertandang lagi....

Hari ke 12. Tiba-tiba dapat mesej yang memang bukan setakat dinanti-nanti, tapi memang diharap-harapkan. Harapan yang mungkin hanya mimpi kosong tapi menjadi kenyataan hari ini. Rindu. Aku yakin. Hanya DIA Yang Maha Mengetahui. Betapa hebatnya rindu ini. Tapi apakan daya. Aku hanya manusia biasa. Tiada daya dan kuasa melawan takdir yang harusku jalani dengan tenang dan tabah. Apapun kisah yang terjadi pada hari ini, aku amat bersyukur dengan kurniaanMu Ya Rabb Yang Maha Mengerti kerana memberikan aku ruang dan peluang serta kekuatan untuk aku melunaskan rasa rindu ini walaupun terpaksa mengecewakan.

Awak, maafkan saya. Tidak berniat untuk menyakiti. Semua ini terpaksa saya lakukan demi kasih dan cinta saya pada awak. Awak tidak akan pernah mengerti. Saya yakin itu. Tapi saya juga yakin awak akan mengerti suatu hari nanti dengan kuasa dan kehendak Yang Maha Esa. Saya harap ada jalan terbaik untuk kita lalui semua ini dengan sempurna dengan izin dan kehendak DIA. Amin.

Tuesday, February 26, 2013

++ entri 12: ntahlah....tak faham!

Aku rasa aku dah cuba sehabis baik. Tapi tetap tak mampu memenuhi kehendaknya. Ntah apa lagi? ntah macamana lagi? ntah? ntah? ntah? Aku dah tau apa lagi caranya untuk aku memuaskan hatinya. Letih, sedih, pilu perasaan ini kalau aku fikir-fikirkan. Terlalu banyak aku mengalah. Sedikit pun dia tak pernah fikirkan perasaanku. Kalau tak nak lepaskanlah aku. Akukah sebenarnya terlalu lembut hati? Ntahlah?...

Sunday, February 24, 2013

++entri 11: Now..its time to be happy again!!

So sad bila masuk je 2013, banyak sangat perkara-perkara yang tak dijangka berlaku. Semuanya sedey-sedey dan meruntuhkan semangat aku. Hmmm...namun itu bukan faktor penyebab yang akan mematikan langkah aku untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Chaiyok!!!chaiyok!! setiap yang berlaku adalah dugaan dan ujian dari Tuhan untuk hamba-hambaNya..itu tandanya Dia masih ingin memberikan petunjuk dan hidayahNya buat hambaNya yang khilaf ini. Akan kuteruskan langkah ini tanpa menoleh ke belakang lagi kerana aku yakin...Dia akan selalu ada bersama aku. Pedulilah dengan apa yang telah berlaku, yang terjadi kan tetap terjadi...dah lepas pun...pikir pun buat sakit pale je. So baik pikirkan ape yang akan terjadi atau tak perlu pikir pape pun, lalui je semuanya dengan tabah, cuma perlu kuatkan semangat dan iman agar tidak terpesong dari landasan yang telah ditetapkan. Bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakanNya. Alhamdulillah...mungkin kerana nikmat itu aku masih mampu tersenyum dan lalui segalanya dengan tenang. Kerana aku selalu yakin dia ada bersamaku dalam setiap dugaan yang aku tempuh. Mulakan yang baru dan aku akan lalui semuanya dengan izinNya.

Friday, December 17, 2010

The Force of Love

"Love is an element which though physically unseen is as real as air or water. It is an acting, living, moving force... it moves in waves and currents like those of the ocean."