Wednesday, March 20, 2013

++entri 14: Tabahnya Hatimu

Sesungguhnya Tuhan itu menguji hambaNya atas kemampuan insan tersebut. Kini aku mengerti, kenapa setiap insan melalui dugaan dan ujian yang berbeza. Maha Agung kuasaMu Tuhan.
Bertanya khabar seorang teman baik yang telah lama tidak bersua rupa apatah lagi bertegur sapa. Mendengar khabar sedih tentang suaminya yang sedang terlantar sakit sejak 6 bulan yang lalu. Dan sejak itu juga dia terpaksa meninggalkan anak-anak pada keluarga demi menjaga suami di rumah mertua. Tabahnya hatimu wahai sahabat dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran dalam hidup ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui tentang kemampuan seseorang hambaNya. Dia menduga hambaNya atas kudrat dan kemampuan hamba-hambaNya. Kita seringkali merasa kita tidak mampu, kerana kita selalu lupa tentang kuasa Tuhan Yang Maha Kuasa. Tiada yang mampu aku lakukan untukmu sahabat, selain kiriman doa yang tidak akan pernah putus. Tuhan, kurniakanlah dia kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi dugaan yang Engkau berikan. Amin Ya Rabbal Alamin.

No comments:

Post a Comment