Wednesday, March 20, 2013

++entri 14: Tabahnya Hatimu

Sesungguhnya Tuhan itu menguji hambaNya atas kemampuan insan tersebut. Kini aku mengerti, kenapa setiap insan melalui dugaan dan ujian yang berbeza. Maha Agung kuasaMu Tuhan.
Bertanya khabar seorang teman baik yang telah lama tidak bersua rupa apatah lagi bertegur sapa. Mendengar khabar sedih tentang suaminya yang sedang terlantar sakit sejak 6 bulan yang lalu. Dan sejak itu juga dia terpaksa meninggalkan anak-anak pada keluarga demi menjaga suami di rumah mertua. Tabahnya hatimu wahai sahabat dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran dalam hidup ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui tentang kemampuan seseorang hambaNya. Dia menduga hambaNya atas kudrat dan kemampuan hamba-hambaNya. Kita seringkali merasa kita tidak mampu, kerana kita selalu lupa tentang kuasa Tuhan Yang Maha Kuasa. Tiada yang mampu aku lakukan untukmu sahabat, selain kiriman doa yang tidak akan pernah putus. Tuhan, kurniakanlah dia kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi dugaan yang Engkau berikan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Tuesday, March 12, 2013

++entri 13: Rindu bertandang lagi....

Hari ke 12. Tiba-tiba dapat mesej yang memang bukan setakat dinanti-nanti, tapi memang diharap-harapkan. Harapan yang mungkin hanya mimpi kosong tapi menjadi kenyataan hari ini. Rindu. Aku yakin. Hanya DIA Yang Maha Mengetahui. Betapa hebatnya rindu ini. Tapi apakan daya. Aku hanya manusia biasa. Tiada daya dan kuasa melawan takdir yang harusku jalani dengan tenang dan tabah. Apapun kisah yang terjadi pada hari ini, aku amat bersyukur dengan kurniaanMu Ya Rabb Yang Maha Mengerti kerana memberikan aku ruang dan peluang serta kekuatan untuk aku melunaskan rasa rindu ini walaupun terpaksa mengecewakan.

Awak, maafkan saya. Tidak berniat untuk menyakiti. Semua ini terpaksa saya lakukan demi kasih dan cinta saya pada awak. Awak tidak akan pernah mengerti. Saya yakin itu. Tapi saya juga yakin awak akan mengerti suatu hari nanti dengan kuasa dan kehendak Yang Maha Esa. Saya harap ada jalan terbaik untuk kita lalui semua ini dengan sempurna dengan izin dan kehendak DIA. Amin.